Tuesday, November 26, 2013


Perbualan seorang ayah dengan anaknya mengenai hantu.

Anak: Ayah.. adakah hantu itu wujud?

Ayah: Tak.. hantu tak pernah wujud..

Anak: Tapi orang gaji kita cakap hantu itu wujud?

Ayah: Nak, kemas semua barang kamu.

Anak: Kenapa ayah?

Ayah: Kita tak ada orang gaji..

anak: OMG!

Rakyat Malaysia antara ramai yang memiliki motosikal, tetapi masih ramai yang tidak tahu beberapa fakta penting mengenai motosikal.

Di antaranya ialah:
Motor ada hon = HONDA
Motor paling best = SUZUKI BEST
Motor paling bahaya = HONDA HURRICANE
Motor untuk ahli sukan = YAMAHA SPORT
Motor paling elegent = MODENAS ELEGENT
Motor Paling ego = YAMAHA EGOS
Motor Nampak Bayang = HONDA SHADOW
Motor Cepat Panas = KAWASAKI VULCAN
Motor Tahap Sek Men = YAMAHA SS2 (SEK. SULTAN SULAIMAN 2)
Motor Paling Laju = SUZUKI PANTHER
Motor asyik menang je = MODENAS JAGUH
Motor paling tajam = MODENAS KRISS
Motor lagi tajam = MODENAS KRISS II
Motor untuk menteri = YAMAHA PASOLA
Motor untuk VVIP = MODENAS ELIT
Motor paling seronok = MODENAS EXCITE
Motor asyik mimpi = HONDA DREAM
Motor paling cute = COMEL
Motor paling berahi = SUZUKI PASSION
Motor paling jahat = SUZUKI BANDIT
Motor Boleh Terbang = SUZUKI JET
Motor Menyamar Harimau = SUZUKI BELANG
Motor raksasa = DUCATI MONSTER
Motor pandai karate = KAWASAKI NINJA
Motor Red Indian = TOMAHAWK
Motor cam terminator = ELIMINATOR
Motor paling kaya = HONDA GOLDWING
Motor paling lama = YAMAHA LAGENDA
Motor Alunan Musik = NAZA SYMPONY
Motor mudah hilang = HONDA EX5
Motor ada kelas = EX5 CLASS
Motor satu kelas = EX5 CLASS 1
Motor Sakit Kepala = NAZA
Motor paling laju atas air = MOTORBOT
Motor boleh bercakap = MOTOROLA

Semasa rompakan di sebuah bank, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!


Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!


Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira? Malam ni kita tonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!


Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!


Penyelia berkata: "Alangkah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!


Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!


Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!
 
Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.
 
Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda setelah kematian isterinya. Pada satu hari, Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya. Ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni, Sin??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. 
 
"Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam," kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap," janji Usin kepada Amat. 
 
Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin di sebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah, tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan. Namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. 
 
"Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin.

"Tipu apa plak???" tanya Usin bingung.

"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!"

Monday, October 28, 2013


SETIAP hari Pak Cupit melalui sempadan Siam dengan menunggang motosikal. Beberapa guni besar tersandang di belakang motosikalnya.

Pegawai kastam yang mahu menahan beliau bertanya, 
"Apa dalam beg tu?"
"Pasir," jawab Pak Cupit.
"Turun dari motor, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pegawai Kastam terus mengambil guni-guni tersebut dan dengan pantas membukanya.

Sementara pasir itu diperiksa, Pak Cupit ditahan di dalam lokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dengan diteliti, ternyata pasir yang dibawa memang pasir tulen dan tiada bahan lain selain dari pasir semata-mata.

Pak Cupit dibebaskan. Pasir kepunyaannya juga dimasukkan semula ke dalam guni dan dia dibenarkan melalui sempadan Malaysia untuk ke Siam. Keesokan harinya perkara yang sama berlaku. 
Pegawai Kastam bertanya, "Apa yang kau bawa kali ini?".
"Pasir" jawab Pak Cupit.

Pegawai Kastam tidak berpuas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, namun guni tersebut tidak mengandungi benda lain selain daripada pasir semata-mata. Maka Pak Cupit dibenarkan melalui sempadan dengan motosikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama 20 tahun. Akhirnya pegawai kastam itu telah pun bersara dan tidak lagi berkhidmat sebagai pengawal sempadan.

Pada suatu hari secara kebetulan dia berjumpa dengan Pak Cupit di pekan. Pegawai Kastam itu mengajak Pak Cupit minum di sebuah kedai.

Pegawai Kastam itu pun bertanya, "Aku hairan tengok kau melintas sempadan setiap hari tapi cuma bawa pasir, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Moto" jawab Pak Cupit ringkas.

SEORANG PEMAIN SARKIS masuk ke hutan, mencari anak ular untuk dilatih. Dia berjaya mendapat seekor anak ular sawa yang masih kecil. Anak ular itu dibawa ke rumahnya dan dilatihnya. DIA MELATIH ULAR ITU MEMBELIT TANGANNYA, dan kakinya. Ketika ular itu kian membesar, dia melatih ular itu untuk membelit tubuhnya, dan ketika dia menyuruh ular itu melepaskan belitannya, ULAR ITU MEMATUHI PERINTAHNYA. Setelah melatih berkali-kali, pemain sarkis merasa sudah sampai waktunya membawa ular itu dalam pertunjukan sarkisnya.

PERTUNJUKAN PERTAMA BERJAYA. Aksi ularnya membuat para penonton kagum. Si pemain sarkis gembira kerana ramai yang suka dengan aksinya. Tetapi, suatu hari ketika pertunjukannya sedang berlangsung dan menuju kepada aksi yang paling mendebarkan, dia mengarahkan ularnya untuk membelit tubuhnya. Sang ular mentaati perintah tuannya, tetapi aneh, belitan itu semakin kuat. Ketika si pemain sarkis memerintahkan agar ularnya melepaskan belitannya, ular itu tidak menuruti. Sebaliknya, ULAR ITU MEMBELIT KIAN KUAT SEHINGGA SI PEMAIN SARKIS TERJATUH DAN MATI KELEMASAN.

KISAH DI ATAS ADALAH GAMBARAN DARI CARA KERJA DOSA. Pada awalnya, dosa itu tampak tidak membahayakan. Tidak hairanlah, ramai manusia yang SUKA ‘BERMAIN-MAIN’ DENGAN DOSA, kerana dosa itu memang MENGASYIKKAN dan penuh kenikmatan. Ada orang yang begitu GEMAR melihat gambar dan FILEM-FILEM PORNO, tanpa merasa bersalah. Ada yang gemar sekali BERBOHONG tanpa merasa takut. Ada pula yang HOBINYA MENIPU SANA SINI, DEMI MENDAPATKAN PENGARUH. Ada juga yang SENGAJA MELALAIKAN SOLATNYA Atau MENDEDAHKAN AURATNYA. Ramai para REMAJA SUKA SANGAT BER’COUPLE’, Ke sana-sini bermotorsikal. Mereka beranggapan perkara itu biasa.

DOSA IBARAT ULAR SAWA, perlahan-lahan membelit diri kita. Begitulah yang berlaku pada diri yang ambil-mudah dengan dosa. Seperti ular yang membelit tadi. PERLAHAN TAPI PASTI, dosa pun mulai membelitnya. SAMPAI DIA MERASA BEGITU SUKAR HENDAK MELEPASKAN DIRI. Jeratnya semakin kuat mengikat hidup orang tersebut, hingga akhirnya dia maut. Maut dalam keadaan berdosa kepada Allah SWT.

Islam mengajar kita untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi... Langkah bijak buat diri kita yang sentiasa berbuat salah, adalah DENGAN BERSEGERA UNTUK BERTAUBAT DAN BERISTIGFAR kepada Allah SWT. Bagaimana tidak, Rasul SAW pun yang telah diampuni dosanya bersabda: “Wahai manusia bertaubatlah kepada Allah dan beristigfarlah, SESUNGGUHNYA AKU BERTAUBAT SERATUS KALI DALAM SATU HARI.” (HR Muslim)

MERENDAH DIRILAH PADA ALLAH SWT. KITA BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA YANG KITA LAKUKAN, JANGANLAH LAGI KITA SIBUK MENYALAHKAN ORANG LAIN, semata-mata mahu menutup kesalahan dan dosa diri kita sendiri. JANGANLAH BERPUTUS ASA, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...