Monday, October 28, 2013


SEORANG PEMAIN SARKIS masuk ke hutan, mencari anak ular untuk dilatih. Dia berjaya mendapat seekor anak ular sawa yang masih kecil. Anak ular itu dibawa ke rumahnya dan dilatihnya. DIA MELATIH ULAR ITU MEMBELIT TANGANNYA, dan kakinya. Ketika ular itu kian membesar, dia melatih ular itu untuk membelit tubuhnya, dan ketika dia menyuruh ular itu melepaskan belitannya, ULAR ITU MEMATUHI PERINTAHNYA. Setelah melatih berkali-kali, pemain sarkis merasa sudah sampai waktunya membawa ular itu dalam pertunjukan sarkisnya.

PERTUNJUKAN PERTAMA BERJAYA. Aksi ularnya membuat para penonton kagum. Si pemain sarkis gembira kerana ramai yang suka dengan aksinya. Tetapi, suatu hari ketika pertunjukannya sedang berlangsung dan menuju kepada aksi yang paling mendebarkan, dia mengarahkan ularnya untuk membelit tubuhnya. Sang ular mentaati perintah tuannya, tetapi aneh, belitan itu semakin kuat. Ketika si pemain sarkis memerintahkan agar ularnya melepaskan belitannya, ular itu tidak menuruti. Sebaliknya, ULAR ITU MEMBELIT KIAN KUAT SEHINGGA SI PEMAIN SARKIS TERJATUH DAN MATI KELEMASAN.

KISAH DI ATAS ADALAH GAMBARAN DARI CARA KERJA DOSA. Pada awalnya, dosa itu tampak tidak membahayakan. Tidak hairanlah, ramai manusia yang SUKA ‘BERMAIN-MAIN’ DENGAN DOSA, kerana dosa itu memang MENGASYIKKAN dan penuh kenikmatan. Ada orang yang begitu GEMAR melihat gambar dan FILEM-FILEM PORNO, tanpa merasa bersalah. Ada yang gemar sekali BERBOHONG tanpa merasa takut. Ada pula yang HOBINYA MENIPU SANA SINI, DEMI MENDAPATKAN PENGARUH. Ada juga yang SENGAJA MELALAIKAN SOLATNYA Atau MENDEDAHKAN AURATNYA. Ramai para REMAJA SUKA SANGAT BER’COUPLE’, Ke sana-sini bermotorsikal. Mereka beranggapan perkara itu biasa.

DOSA IBARAT ULAR SAWA, perlahan-lahan membelit diri kita. Begitulah yang berlaku pada diri yang ambil-mudah dengan dosa. Seperti ular yang membelit tadi. PERLAHAN TAPI PASTI, dosa pun mulai membelitnya. SAMPAI DIA MERASA BEGITU SUKAR HENDAK MELEPASKAN DIRI. Jeratnya semakin kuat mengikat hidup orang tersebut, hingga akhirnya dia maut. Maut dalam keadaan berdosa kepada Allah SWT.

Islam mengajar kita untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi... Langkah bijak buat diri kita yang sentiasa berbuat salah, adalah DENGAN BERSEGERA UNTUK BERTAUBAT DAN BERISTIGFAR kepada Allah SWT. Bagaimana tidak, Rasul SAW pun yang telah diampuni dosanya bersabda: “Wahai manusia bertaubatlah kepada Allah dan beristigfarlah, SESUNGGUHNYA AKU BERTAUBAT SERATUS KALI DALAM SATU HARI.” (HR Muslim)

MERENDAH DIRILAH PADA ALLAH SWT. KITA BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA YANG KITA LAKUKAN, JANGANLAH LAGI KITA SIBUK MENYALAHKAN ORANG LAIN, semata-mata mahu menutup kesalahan dan dosa diri kita sendiri. JANGANLAH BERPUTUS ASA, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...