Saturday, November 12, 2011


Mesti ramai bagi bukan orang yang bukan beragama islam pelik dan menjadi tanda tanya kenapa kita 'islam' menyembah bangunan berkain hitam itu... ikuti dialog di bawah ini

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

10 comments :

  1. jwapan psikologi,bagus.

    ReplyDelete
  2. nk komen skit, klu jwb camni, ini sama dgn jwpn kaum lain yg menyembah patung dgn menyatakan ptung-ptung trsebut adalah perantaraan kepada tuhan mreka, prnyataan mreka "kami xsembah ptung, kmi sembah Tuhan,ptung ni perantaraan kepada Tuhan kami. Jawapan bkenaan kaabah di atas memberi ruang kepada kaum lain untuk menyatakan perihal yg sma kepada pnyembahan mreka. mnta berhati2..

    ReplyDelete
  3. to anonymous: tp kaabah bkn perantaraan kpd Allah, kaabah sbg simbol penyatuan umat islam,di minta anda juga hati2 mengomen...

    ReplyDelete
  4. kaabah hanya direction sj.. sesuai dgn apa yg diperintahkan.,benar kata sedari hayati

    ReplyDelete
  5. hahahah... terbaiklah.. tp hati2 kawan.. ni kalo kena orang macam aku bolehlah... tp kena kat yg kuat agama.. silap2 dgn ko skali tertiarap.. BEWARE!!! kata2 boleh membinasakan..

    ReplyDelete
  6. ada gak org non muslim tanya kenapa org muslim sembahyang ngadap dinding...jawab je kita ngadap kaabah..kalau tanya knp ngadap kaabah, skema jawapan spt diatas....boleh?

    ReplyDelete
  7. saya tak setuju dgn dialog diatas nie

    ReplyDelete
  8. boleh guna eh penyataan di atas kalau ada orang tanya macam tu?

    ReplyDelete
  9. Tiada satu pun agama yang membawa anda ke surga melainkan anda percaya siapa Tuhan yang mencipta alam dan manusia. Agama berasaskan pandangan manusia dan bukan pandangan Tuhan. I am the way, the truth and the life. No one comes to the Father except through me. John 3:16

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...