Pemimpin harus ditaati SELAGI MEREKA taat kepada ALLAH dan RASUL...
Berkata Abu Bakar As-Siddiq semasa menjadi khalifah:
"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adala
h kuat di sisiku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisi ku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insyaAllah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku."
Jadi siapalah kita berbanding Saidina Abu Bakar As-Siddiq sehingga tidak boleh ditegur? Adakah kita sempurna seperti Saidina Abu Bakar yang telah dijamin masuk syurga?
0 comments :
Post a Comment