Sunday, October 20, 2013


Di awal pagi tadi, isteriku ingin makan bubur ayam KFC. Selepas hantar anak ku ke taska, aku terus ke KFC  Saujana Utama untuk membeli bubur ayam KFC.  Aku terus ke kaunter dan membeli bubur ayam.

Semasa menunggu bubur ayam KFCku siap,  aku berdiri di kaunter sambil melihat sekumpulan budak-budak berumur dalam lingkungan umur 6-7 tahun seramai 4 - 5 orang. Mereka ramai-ramai menghampiri kaunter dan salah seorang budak memesan "am riser" yang harganya rm5.10.

Di iklan KFC di tulis rm4.80 belum masuk cukai. Lalu dia membayar RM4.80 kepada awek KFC yang jaga kaunter masa tu. Aku memerhatikan gelagat awek tu. Lalu awek tu berkata: "Dik, harga RM5.10. RM4.80 tu belum masuk cukai lagi..."

Budak tu terdiam dan senyum tak tahu apa-apa. Aku pun terus menghulur kan RM0.30 sen kepada awek KFC tu. Awek KFC tu hanya senyum dan ambil duit RM0.30 tu.

Lepas tu aku balik ke rumah dgn hati yang kasihan kepada budak-budak kecil yang tak tahu erti cukai...
"Apa erti cukai pada budak yang berumur 6 - 7 tahun..."

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...