Sejak kebelakangan ini ramai lelaki sudah mula sedar tentang peri
pentingnya fesyen namun apa gunanya bergaya sekiranya badan bau hapak
dan tidak menyenangkan. Untuk memastikan badan anda bebas dari
pencemaran bau, bolehlah memilih minyak wangi yang terbaik yang mana
aromanya mampu memikat hati.
Bagi lelaki minyak wangi itu merupakan simbol lelaki sejati. Jarang kaum adam ini menukar haruman mereka berbanding wanita yang pasti mempunyai pelbagai jenis wangian. Namun ada sesetengah minyak wangi yang tidak tahan lama dan tidak berkualiti.
Di sini ada beberapa tips yang boleh lelaki-lelaki di luar sana praktiskan:
Ketahui bau kegemaran anda
Jika anda ingin memilih minyak wangi, janganlah segan untuk bertanya kepada jurujual kerana pastinya mereka banyak pengalaman dan arif tentang jenis-jenis minyak wangi. Anda bolehlah meminta mereka mencadang jenis minyak wangi yang berkualiti dan jenis bau kegemaran anda.
Elakkan dari menggunakan banyak minyak wangi
Apabila terlalu banyak minyak wangi digunakan, hidung anda pastinya akan tidak selesa dan tidak dapat menilai mana satu yang sesuai. Kalau boleh,hadkan dua atau tiga sahaja minyak wangi. Sekiranya banyak sangat pastinya bermacam bau muncul.
Jangan terlalu gelojoh membeli minyak wangi
Sesetengah minyak wangi hanya akan mengeluarkan bau sebenar dengan lebih jelas setengah jam atau beberapa minit selepas digunakan. Jika anda mencuba minyak wangi dan sukakan baunya jangan terus membeli. Seeloknya buatlah 'survey' terlebih dahulu untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Lebih-lebih lagi jika anda bercadang untuk membeli minyak wangi yang mahal.
Elak gosok pergelangan tangan
Ini kebiasanya apabila membeli minyak wangi anda pasti akan mengosok pergelangan tangan, cara ini tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh menjejaskan bau minyak wangi yang sebenar dan sebaiknya tunggu sehingga ia kering sendiri.
Jangka hayat minyak wangi
Mengikut kajian dikatakan minyak wangi hanya dapat bertahan selama tiga tahun. Kadangkala ada minyak wangi yang dijual oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang sudah melebihi tempoh tersebut. Berhati-hatilah memilih minyak wangi agar anda tidak tersalah beli minyak wangi yang sudah 'expired'.
Memilih minyak wangi yang sempurna bagi tubuh anda merupakan proses eksperimen berbentuk peribadi. Ia memerlukan kesabaran namun selepas menemui yang bertepatan dengan selera, ia amat berbaloi. Selamat mencuba!

0 comments :
Post a Comment