Sunday, June 16, 2013

Jangan bimbang bagi anda kaum laki-laki yang tidak berasa selesa memakai kasut. Syarikat Jepun Hydro-Tech telah berjaya membuat kasut khusus laki-laki, yang membuat mereka benar-benar 'cool'. Inovasi yang disebut The Cool Breeze, mempunyai bahagian penapis (AC) di dasar kasut. Dengan begitu, udara akan dengan mudah keluar masuk sehingga membuat kaki anda merasa 'cool'.

Kasut Yang Dilengkapi AC Kasut yang hanya mempunyai warna coklat dan hitam ini diciptakan untuk promosi Syarikat Super Cool Biz. Syarikat mendakwa bahawa teknologi penapis canggih yang digunakan akan membuat kaki anda segar dan bersih. Kasut dengan penyaman udara sesuai untuk hari di musim panas. Terdapat di kedai online Jepun Chiyoda dengan harga 78 US dolar.
South Carolina – Baru berusia dua tahun namun seorang bayi disumbat dengan serbuk cili sebagai hukuman. Itu perbuatan kejam yang dilakukan oleh seorang wanita, mengakibatkan bayi berkenaan meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, Amanda Sorensen, 21, ditangkap atas tuduhan mendera kanak-kanak tersebut yang juga anak kepada teman lelakinya.
Biarpun bayi berkenaan dikejarkan ke hospital, namun doktor gagal merawatnya selepas bayi berkenaan mengalami serangan jantung.

Menurut doktor, salur pernafasan bayi itu membengkak selepas dia dipaksa makan serbuk cili berkenaan, sekali gus menyebabkan dia mengalami serangan jantung.


Serbuk cili tersebut juga mengakibatkan tisu-tisu dalam badannya terbakar.
Dalam pada itu, jiran-jiran memaklumkan mereka tidak mengesyaki apa-apa dan tidak melihat sesuatu yang mencurigakan terhadap pasangan berkenaan.
Namun jiran sering melihat kanak-kanak dan remaja sering masuk dan keluar berkenaan.
“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seseorang itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu kepada bayi sekecil itu,” kata jiran mereka Patricia Amado.
Sorensen kini ditahan di lokap dan dijangka dihadapkan di mahkamah tidak lama lagi.

Saturday, June 15, 2013

Seorang pemuda yg bekerja sebagai pemandu seorang profesor yg bijaksana sedang duduk di belakang dewan kuliah untuk menunggu tuannya itu habis menyampaikan kuliah.

Boleh dikatakan setiap hari pemandu itu mendengar setiap ilmu yg disampaikan oleh profesor itu dan boleh hafal apa yg akan diperkatakan oleh profesor. Semua soalan yg dikemukakan oleh para pelajar dijawab dengan mudah oleh profesor. Semakin hari semakin jemu untuk mendengar apa yg disampaikan oleh profesor.

Pada suatu hari si pemandu ingin menukar tempat dengan si profesor, dengan rasa hati yg terbuka mereka pun menukar tempat. Si profesor menjadi pemandu, si pemandu menjadi profesor, dalam hati kedua-dua berkata "Sungguh seronok yer kerja macam ni".

Sampai di satu dewan kuliah yg lain si pemandu yg menyamar pun masuk ke dalam dewan kuliah dan menyampaikan segala apa yg patut disampaikan oleh si profesor. Si profesor yg sebenar duduk di belakang mendengar apa yg di sampaikan oleh pemandu itu. Si profesor berasa bangga apa yg disampaikan oleh pemandu itu. Apabila tiba sesi bertanya semua soalan dapat dijawab dengan mudah dan lancar.

Tiba-tiba seorang student yg boleh diperkatakan bijak menanyakan satu soalan yg tak pernah didengari olehnya, dengan muka selamba si pemandu itu berkata "Soalan awak terlalu mudah untuk dijawab, soalan sebegitu pemandu saya pun boleh jawab.....driverrr tolong bagitau jawapannya".

Dengan bangga si profesor yg menyamar sebagai pemandu itu menjawab soalan itu..... dengan mudah.
pelanggan : hei budak, meh sini kejap..

pelayan : ye saye, ada apa encik?

pelanggan : saya ada masalah dengan sup saya ni..

pelayan : kenapa encik?

pelanggan : cuba kamu rasa sup ni..

pelayan : kenapa? sup ni terlalu masin ke encik?

pelanggan : tak, cuba kamu rasa dulu..

pelayan : ke sup ni terlalu panas?

pelanggan : tak, cuba kamu rasa dulu..

pelayan : ok, baiklah. em, mana sudunya?

pelanggan : haaa. tu la masalah dia
Seorang salesman "Vacum  Cleaner" menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat tuan rumah itu berkata sepatah perkataan pun, dia menghamburkan pelbagai kotoran ke karpet ruang tamu.

"Puan!" katanya, "Saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali seperti sediakala dalam sekelip mata sahaja. Jika masih kekotoran yang tertinggal, saya bersedia untuk memakannya".. kata salesman itu dengan bangga.

"Kalau begitu kamu bolehlah memakannya sekarang kerana rumah saya belum ada elektrik".
Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan...dan mencuri seekor ikan tenggiri..

Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya:

"Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?"

"Tentu saja!" jawab pakar konselor...

Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi."

Pakar konselor tanpa sepatah kata pun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut...

Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut.... kandungannya: "RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling"

NEW YORK – Sekiranya menghidu petrol tidak cukup bahaya, temuilah budak perempuan yang meminumnya.

Mengangkat bekas merah minyak itu di depan kamera, budak perempuan bernama Shannon menunjukkan demonstrasi ketagihannya meminum petrol untuk rancangan televisyen TLC My Strange Addiction.

“Ia mendebarkan pada mulanya dan kemudian ia membakar belakang tekak saya,” kata Shannon menjelaskan tabiatnya meminum bahan itu sehingga 12 sudu teh sehari.

“Walaupun ia menyakitkan, ia buat saya rasa selesa,” katanya sama ada menjilat penutup atau meminumnya terus daripada bekas itu yang dikatakan menjadi kegemarannya.

Ibunya berkata, dia pada mulanya tidak percaya ketika mendengar tabiat anaknya itu tetapi kemudian dia terhidu bau minyak itu pada nafas anak perempuannya.

“Saya ambil penutup dan saya hidu bau yang keluar dari bekas itu,” kata Shannon menunjukkan tabiatnya.

TLC menganggarkan Shannon telah mengambil lebih lima gelen petrol untuk tahun lalu saja.

“Meminum petrol boleh menyebabkan terbakar, muntah, cirit-birit dan jika diambil dalam jumlah besar menyebabkan pening atau kematian,” tulis Jabatan Kesihatan New York. Minyak petrol adalah bahan toksik.

Ketagihan Shannon menghirup petrol timbul beberapa hari selepas seorang lelaki di Carolina Utara mati selepas terminum cecair sama dalam sebiji balang tanpa sengaja.
Ketenteraan china memang penuh dengan kedisiplinan, tapi bila kantoi siap la.. korang tengok nieh antara salah satu hukuman yang ekstrem dikenakan kepada Askar China apabila kantoi menghisap rokok.

Semua askar ini ditangkap kerana merokok di kem. Jadi mereka dihukum untuk membuat semua ini untuk memastikan mereka berhenti merokok. Hukuman mereka adalah merokok 10 batang rokok sekaligus dan kemudian minum segelas air daripada halia dan tembakau.
Siapa sangka di sebuah negara bukan Islam iaitu Sweden masih ada yang berani menegakkan hak nya sebagai seorang Muslim walaupun dia hanyalah seorang perempuan, namun itu lah perkara sebenar yang telah berlaku..Kerjaya sebagai seorang pegawai polis di negara seperti itu bukan lah penghalang untuk seorang Muslimah sejati ini menutup aurat..Kalau korang nak tahu cerita tentang seorang pegawai polis wanita Muslim ini yang telah pertama kali menjadi pegawai polis bertudung di Sweden dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..Harap kita boleh mengambil teladan dengan ketabahan wanita ini =D

Donna Eljammal yang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung. Demikian dilaporkan Metro Se, Rabu (7/12).

Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung. "Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya.

Beberapa tahun yang lalu, mengenakan tudung mungkin menjadi sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa pendebatan. Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman.

"Saya membesar di Pitea kecil dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di lapas (Lembaga Pemasyarakatan), saya adalah orang pertama yang memakai tudung. Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadi," jelasnya.

Eljammal tidak berfikir untuk untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian dirinya dan boleh melakukan segala sesuatu dengan tudung, sehingga dia melihat tidak ada guna untuk membukanya.
Assalamualaikum.. Lalat sejenis serangga yang merimaskan jika terdapat di dalam rumah. Lalat makan makanan dengan cara memuntahkan air liurnya keluar dan kemudian menyerap semula makanan masuk ke dalam perut melalui belalainya. Disebabkan itu tak hairanlah jika lalat dikatakan sebagai serangga yang pengotor dan boleh menyebarkan penyakit kepada manusia. Sepanjang minggu lepas, kat rumah nih menerima kunjungan lalat yang agak banyak. Hal nih disebabkan diorang tengah menabur baja untuk mulakan balik projek tanam sayur. So memang banyak datangnya. Tapi sejak dua hari nih alhamdulillah kurang dah lalatnya. Untuk menghalau lalat nih macam-macam petua ada, ada yang selamat dan yang tak selamat.

Tapi kali nih saya nak share petua yang paling selamat untuk menghalau lalat di rumah. Untuk yang tak selamat macam guna cecair peluntur, aerosol tuh bukan tak jalan, boleh tapi kena hati-hati, ia agak berisiko dan boleh memudaratkan, kena fikir panjang tentang keselamatan diri sendiri dan juga orang sekeliling kita. Jom kita tengok apa petua yang selamat digunakan untuk menghalau lalat dari bermaharajalela di dalam rumah kita nih.

1) Gunakan penyapu lidi.
Saya biasa buat guna penyapu lidi. Ambil lidi tuh dalam segengam kecik dan ikat. Kemudian pukul kat lalat, sekali pukul banyak yang mati. Bukan setakat lalat pun takut dengan lidi nih, kucing pun lari kalau kita pukul lidi ke lantai.

2) Penampar lalat.
Penampar lalat nih memang mudah di dapati, dan mudah juga digunakan. Hanya tampar sahaja pada lalat yang berterbangan, confirm akan ada yang kena tampar. Tapi kat rumah nih memang takkan beli, sebab bukan lalat yang ditampar nanti, budak-budak nih main tampar-tampar sesama sendiri.

3) Kertas gam lalat.
Kertas gam nih pun bagus jugak. Kita letakkan ia ditempat terbuka dan umpan lalat datang dikertas tuh dengan letakkan ikan bilis di bahagian tengah. Bila lalat hurung mesti ada yang melekat kat kertas gam tuh.

4) Gunakan bunga cengkih dan kulit kayu manis.
Bunga cengkih dan kulit kayu manis yang biasa digunakan dalam masakan tuh pun bleh digunakan untuk menghalau lalat. Caranya letakkan bunga cengkih ke dalam cawan yang berisi air di dapur atau meja makan. Untuk kulit kayu manis plak, kita bleh hiris sikit kulit kayu manis dan letakkan di dapur atau atas meja. Aroma yang terhasil dari bunga cengkih dan kuli kayu manis akan menyebabkan lalat lari dari sana.

5) Nyalakan lilin.
Lilin yang digunakan untuk menerangi kegelapan malam juga boleh digunapakai untuk menghalau lalat nih. Caranya letakkan lilin di atas meja makan, nanti lalat akan lari.

6) Daun kari menghalau lalat.
Daun kari yang harum baunya juga boleh diaplikasikan untuk kita menghalau lalat. Ambil sedahan kecil daun kari dan kipas-kipaskan kat meja makan. Atau kita boleh juga letakkan ia dalam cawan dan letakkannya di bahagian dapur atau di atas meja makan.
Ada banyak perkara yang unik yang akan anda temui saat melancong ke Jepun. Di Bandar Okinawa misalnya, ada Gajumaru Treehouse Diner yang sangat terkenal. Inilah restoran yang terletak di pohon dengan ketinggian 20 meter. Unik!
Makan tengah hari di atas perahu, itu sudah biasa. Yang unik, adalah anda menghabiskan makan tengah hari di atas sebuah pohon raksasa. Dari meja makan, terdapat pemandangan bandar yang cantik dari atas ketinggian pulahan meter. Inilah restoran di atas pokok, Gajumaru Treehouse Diner.
 Gajumaru Treehouse Diner adalah sebuah restoran yang terletak di atas pohon besar. Lokasinya terletak di tengah Kota Okinawa, Jepun.
Gajumaru Treehouse Diner dibina di ketinggian 20 meter di atas tanah. Hal ini membuat ia kelihatan seperti rumah pohon raksasa yang bersarang antara cabang-cabang besar.

Gajumaru Treehouse Diner menawarkan pengalaman unik menyatap makanan yaitu menghadap ke bandar dan melihat indahnya Pelabuhan Naha. Pemandangan indah dari tingkap restoran yang lebar serta balkoni yang lapang terlihat nyata dan memesona. Apalagi bila anda memandanginya saat malam hari, cantik sangat!

Pelancong boleh masuk ke restoran ini melalui tangga spiral dan merasa seperti perjalanan ke dunia lain yang lebih semulajadi dan kuno. Selain melalui tangga, anda juga akan terkejut dengan kewujudan lif di dalam batang pohon raksasa ini.

Memang unik bukan? Tentu saja ini bukan pohon Gajumaru sesungguhnya. Penduduk Jepun yang selalu canggih dan kreatif membuat konsep restoran rumah pohon dari konkrit, sehingga lif boleh masuk di dalam batangnya.

Selanjutnya, suara desiran lembut air dari Pelabuhan Naha akan membuat pemandangan dari restoran ini menjadi ideal. Tidak salah kalau Gajumaru Treehouse Diner, disebut restoran yang mempunyai salah satu pemandangan terbaik di Okinawa, Jepun.

Tidak hanya mempunyai pemandangan terbaik, Gajumaru Treehouse Diner juga dikenali kerana masakannya yang lazat. Bayaran makan di sini mulai dari Yen 1,000  saja. Restoran ini juga sesuai bila anda datangi bersama keluarga. Berminat menghabiskan makan tengah hari di sini?
Doktor specialis paru-paru berasal dari Austria Prof Dr Friederich Bischinger pernah menyarankan orang untuk makan kotoran hidungny) sendiri kerana dikatakan boleh meningkatkan kekebalan tubuh.

Penemuan Prof Bischinger itu sempat menjadi kontroversi. Ramai orang awam dan pengamal perubatan yang menolak mentah-mentah teori Prof Bischinger dan mengatakan teori itu tidak masuk akal.

Alasannya tahi hidung adalah kotoran yang menjijikkan kerana lendir kering itu  menjadi sampah  berbahaya masuk dalam tubuh. Jika makan tahi hidung sama saja dengan makan semua organisme atau bakteria yang harusnya dikeluarkan melalui hidung. Tapi menurut Prof Bischinger mengorek tahi hidung dengan menggunakan jari-jari sendiri adalah sesuatu yang sihat, menyenangkan dan lebih sesuai dengan tubuh manusia.

Tahi hidung itu sendiri terbentuk dari kotoran yang masuk ke dalam lubang hidung melalui proses pernafasan. Debu dan kotoran yang masuk ke hidung ini akan disaring oleh filter atau bulu-bulu hidung. Kotoran yang tidak tersaring akan ditangkap oleh lendir yang ada dihidung. Lama kelamaan lendir ini akan mengeras dan terbentuklah tahi hidung.

"Makan tahi hidung kering adalah cara yang bagus untuk memperkuat sistem kekebalan tubuh. Secara mediik itu masuk akal dan hal yang wajar untuk dilakukan. Dalam sistem kekebalan, hidung adalah filter yang menyaring banyak bakteria menjadi satu dan ketika campuran ini tiba di usus akan bekerja seperti ubat," kata Prof Bischinger.

Mengorek hidung merupakan kegiatan yang positif kerana membantu membersihkan hidung dari kotoran. Hal ini tentu saja membuat seseorang boleh bernafas lebih baik kerana tidak ada yang menghalangi jalur pernapasan.

Prof Bischinger mengatakan ketika masih kecil anak-anak senang untuk mengupil hidungnya sendiri. Tapi ketika beranjak dewasa kebiasaan ini mulai terhalang oleh adanya tekanan dari masyarakat yang menganggap hal tersebut adalah suatu tindakan menjijikkan dan anti-sosial.

Orang menganggap kalau tahi hidung adalah suatu kotoran yang harus dibuang dan bukan untuk dikonsumsi. Tapi bagi Prof Bischinger, tahi hidung juga boleh bertindak sebagai vitamin yang dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang.

Friday, June 14, 2013

Sekumpulan penyelidik di Universiti Zurich yang bergabung dalam kumpulan Center for Integrative Human Physiology baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah memecahkan problem tentang kemalasan.

Para penyelidik memberikan hormon erythropoietin pada tikus percubaan dan ternyata hormon tersebut memotivasi dengan haiwan-haiwan tersebut. Selain, erythropoietin tidak meningkatkan sel darah merah. Sehingga percubaan ini memberi jawapan pada masalah kesihatan, seperti pesakit alzheimer dan gangguan mental yang lain.

Max Gassmann, pembantu penulis laporan kajian tersebut mencatatkan bahawa erythropoietin mempunyai kesan pada mood seseorang, kerananya dapat digunakan pada pesakit yang mengalami kemurungan.

Penemuan ini membolehkan terciptanya "pil motivasi" yang boleh menambah semangat orang agar tidak malas lagi.
Federal Reserve Bank of New York terletak di New York, 33 Liberty Steet, Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Bank ini di buka pada tarikh 16 November 1914 dan tempat inilah anda boleh melihat emas yang banyaknya yang tidak akan pernah anda lihat seumur umur anda kerana disinilah terdapat vault (ruang penyimpanan) emas terbesar di dunia.

Di vault ini dianggarkan terdapat 10% daripada rizab emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit, yang bernilai USD $270 b.

Rizab emas ditempat ini bukan hanya berasal dari Amerika Syarikat tetapi sebahagian adalah merupakan simpanan dari 36 negara yang lain, yang mempercayai penyimpanannya di The Fed Bank of New York.
Tidak sembarangan orang dapat memasukinya apalagi mendokumentasikan tentang apa yang ada di dalam vault tersebut.

Jadi berbahagialah anda yang dapat melihat vault penyimpanan emas terbesar di dunia tersebut. Walaupun hanya melihat, tapi menambah pengetahuan kita.
Cagar keju untuk pinjaman bank? kebiasaannya intitusi bank hanya menyimpan barangan berharga seperti emas atau barang-barang berharga  ,tetapi di beberapa kawasan di Itali ia adalah realiti. Parmesan terkenal begitu berharga bahawa beberapa bank-bank bersedia untuk menyimpan keju sebagai cagaran terhadap pinjaman kepada pengeluar tempatan.

The Credito Emiliano bank mempunyai beratus-ratus cawangan dan beribu-ribu pekerja di seluruh tengah dan utara Itali. Pejabat di tengah-tengah orang-orang kelihatan seperti mana-mana institusi perbankan yang lain, dengan kamera di setiap sudut, pintu keselamatan untuk mengunci tempat dan juga peti besi yang besar di belakang.

Ianya tidak banyak berlian atau wang tunai yang disimpan di sana. Sebaliknya, terdapat beratus-ratus ribu roda keju Parmigiano-Reggiano, kemas diletakkan di rak gergasi. Bank itu mengambil Parmesan daripada pengeluar tempatan dalam pertukaran untuk pinjaman murah, dan mengenakan faedah 3% serta bayaran untuk menjaga keju dan memastikan ia matang betul dalam berhawa dingin, peti besi ini humidified. Ia mungkin kelihatan aneh, tetapi Credito Emiliano merawat Parmigiano-Reggiano seperti bank-bank lain untuk menyimpan emas. Dan untuk sebab yang baik, bergunung keju dikunci dalam peti besi yang selamat adalah bernilai kira-kira $ 200 juta.
Rakyat Madagascar mempunyai satu upacara yang unik untuk meraikan hubungan keluarga dipanggil Famadihana, Juga dikenali sebagai 'menghidupkan tulang'. Ia adalah perayaan Disambut setiap 7 tahun atau lebih,  keluargasi mati  membuka kubur nenek moyang  dan Dibawa keluar akan dibalut dengan kain baru. Malagasi kemudian menari dengan mayat-mayat dengan kegembiraan dalam perayaan besar. Muzik dimainkan, haiwan yang dikorbankan dan daging diagihkan kepada pelbagai tetamu  dan ahli keluarga. Para orang tua-tua menjelaskan kepada kanak-kanak mereka   yang  Kepentingan sebelum mereka mati. Famadihana dilihat sebagai satu hari untuk menunjukkan keluarga anda betapa banyak anda mencintai mereka. keluarga dapat bersama-sama dan meraikan persaudaraan.

Menurut kepercayaan Malagasy, orang yang tidak dibuat daripada lumpur, tetapi dari badan nenek moyang. Nenek moyang mereka, Oleh itu Mereka memegang dalam hal yang tinggi. Mereka Juga Percaya Itu KECUALI badan mengurai sepenuhnya, orang yang mati tidak meninggal kekal dan Boleh Berkomunikasi dengan orang yang masih hidup. Jadi Sehingga Mereka hilang selama-lamanya, kasih dan sayang pertolongan kepada mereka melalui perayaan Famadihana. Ia adalah menarik untuk perhatian Bahawa perayaan adalah amalan purba Madagascar. Asal-usulnya tidak boleh Dikesan Sebelum Abad Ketujuh Belas.

Haramnya kita memulai memberi salam kepada orang-orang kafir dan caranya menjawab salam kepada mereka. Dan Sunnahnya mengucapkan salam kepada orang-orang yang ada di dalam majlis yang diantara mereka ada kaum muslimin dan kaum kafirin.

863. Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasullulah saw bersabda :
"Janganlah memulai mengucapkan salam kepada orang Yahudi dan jangan pula kepada orang Nasrani. Maka jikalau engkau semua bertemu dengan salah seorang di antar mereka itu, yakni orang Yahudi atau Nasrani pada suatu jalanan, maka paksakanlah kepada mereka itu untuk melalui yang tersempit dari jalan itu."
~Riwayat Muslim~

Dari Anas ra katanya : "Rasullulah saw bersabda:
"Jikalau ada golongan ahlulkitab iaitu orang Yahudi atau Nasrani memberi salam kepadamu semua, maka ucapkanlah : Wa'aikum."
~Muttafaq'alaih~

Dari Usamah ra bahawasanya Nabi saw berjalan melalui suatu majlis pertemuan , yang di dalamnya terdapat belbagai campuran antara Muslimin dan kaum Musyrikin iaitu para penyembah berhala dan ada pula orang Yahudi , lalu Nabi saw memberikan salam kepada mereka."
~Muttafaq'alaih~

Sumber :
Buku "Riyadhus Shalihin"
(Taman Orang-Orang Yang Soleh)
Halaman 924-925
Imam Nawawi

Rangkaian restoran Britain bernama Yo! Sushi membuat perkhidmatan dulang terbang pertama di dunia bagi menghantar hidangan sushi ke meja pelanggan dengan pantas.

iTray menggunakan dulang yang diletakkan pada pesawat dron kawalan jauh yang dilengkapi kamera dan bilah kipas.

Dron dikawal melalui komputer iPad boleh bergerak selaju 40 kilometer sejam.

Pekerja restoran mengawalnya untuk menerbangkan sushi dari dapur ke meja pelanggan.

Konsepnya memang hebat apabila memesan makanan ianya akan diterbangkan ke meja.
 
Makanan berkhasiat untuk sahur sebelum berpuasa? Wah! Pejam celik, pejam celik. Begitu pantas masa berlalu, bulan Ramadhan akan menjelang tiba kurang sebulan lagi. Rasa baru sahaja berpuasa sebelum ini.

Ingatkah lagi anda tentang apa maksud puasa? Berpuasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai daripada terbitnya fajar sehinggalah terbenam matahari.

Oleh yang demikian, tahukah anda tentang makanan berkhasiat untuk sahur sebelum terbitnya fajar di bulan Ramadhan nanti? Pemilihan makanan yang berkhasiat ketika bersahur amatlah penting kerana ianya mampu memberi tenaga kepada anda untuk melakukan aktiviti seharian ketika berpuasa.


Antara Makanan Berkhasiat Untuk Sahur

Di antara makanan berkhasiat untuk sahur adalah sayur-sayuran, anda digalakkan mengambil sayur-sayuran ketika bersahur. Ini kerana ianya dapat melambatkan proses penghadaman sekaligus keinginan untuk makan berkurangan dan ianya juga baik untuk kesihatan perut anda.

Selain itu, pengambilan makanan berkarbohidrat seperti roti daripada bijirin juga akan membuatkan anda lambat untuk lapar. Makan makanan yang berprotein dan kurangkan pengambilan nasi sebaliknya lebihkan pengambilan lauk berasaskan daging dan ikan untuk membekalkan protein di mana ia akan memberi tenaga untuk anda bekerja atau melakukan aktiviti harian.

Selain daripada itu, anda juga boleh variasikan menu sahur anda dengan memakan kekacang seperti kacang dal atau minum air barli.

Sebelum waktu sahur berakhir, anda digalakkan mengambil buah tamar atau kurma kerana ia merupakan makanan penuh khasiat dan vitamin yang baik untuk kesihatan anda, malah ia merupakan sunnah Nabi ketika berpuasa.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi anda pilihan yang tepat untuk mendapatkan makanan berkhasiat untuk sahur.
Tidur adalah satu pekerjaan yang sangat sangat sangat penting, tetapi hampir semua orang dewasa tidak dapat tidur yang cukup. Ini disebabkan faktor kerja, tanggungjawab, cuaca, penyakit, persekitaran dan lain-lain lagi. Penelitian menunjukkan bahawa kekurangan masa tidur yang cukup mampu memberi implikasi yang serius. Kurang tidur mampu membuat anda gemuk dan peratusan anda untuk menghidap penyakit strok akan meningkat.


1. Ibu bapa akan kehilangan 6 bulan masa tidur dalam tempoh dua tahun pertama penjagaan anak

2. Gangguan tidur yang paling menarik adalah kebolehan mengakses internet 24 jam

3. Seseorang yang pernah bergelar pelajar akan WAJIB tertidur di dalam kelas

4. Anda mungkin bermimpi anda terjaga dari tidur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...