Saturday, June 15, 2013

Assalamualaikum.. Lalat sejenis serangga yang merimaskan jika terdapat di dalam rumah. Lalat makan makanan dengan cara memuntahkan air liurnya keluar dan kemudian menyerap semula makanan masuk ke dalam perut melalui belalainya. Disebabkan itu tak hairanlah jika lalat dikatakan sebagai serangga yang pengotor dan boleh menyebarkan penyakit kepada manusia. Sepanjang minggu lepas, kat rumah nih menerima kunjungan lalat yang agak banyak. Hal nih disebabkan diorang tengah menabur baja untuk mulakan balik projek tanam sayur. So memang banyak datangnya. Tapi sejak dua hari nih alhamdulillah kurang dah lalatnya. Untuk menghalau lalat nih macam-macam petua ada, ada yang selamat dan yang tak selamat.

Tapi kali nih saya nak share petua yang paling selamat untuk menghalau lalat di rumah. Untuk yang tak selamat macam guna cecair peluntur, aerosol tuh bukan tak jalan, boleh tapi kena hati-hati, ia agak berisiko dan boleh memudaratkan, kena fikir panjang tentang keselamatan diri sendiri dan juga orang sekeliling kita. Jom kita tengok apa petua yang selamat digunakan untuk menghalau lalat dari bermaharajalela di dalam rumah kita nih.

1) Gunakan penyapu lidi.
Saya biasa buat guna penyapu lidi. Ambil lidi tuh dalam segengam kecik dan ikat. Kemudian pukul kat lalat, sekali pukul banyak yang mati. Bukan setakat lalat pun takut dengan lidi nih, kucing pun lari kalau kita pukul lidi ke lantai.

2) Penampar lalat.
Penampar lalat nih memang mudah di dapati, dan mudah juga digunakan. Hanya tampar sahaja pada lalat yang berterbangan, confirm akan ada yang kena tampar. Tapi kat rumah nih memang takkan beli, sebab bukan lalat yang ditampar nanti, budak-budak nih main tampar-tampar sesama sendiri.

3) Kertas gam lalat.
Kertas gam nih pun bagus jugak. Kita letakkan ia ditempat terbuka dan umpan lalat datang dikertas tuh dengan letakkan ikan bilis di bahagian tengah. Bila lalat hurung mesti ada yang melekat kat kertas gam tuh.

4) Gunakan bunga cengkih dan kulit kayu manis.
Bunga cengkih dan kulit kayu manis yang biasa digunakan dalam masakan tuh pun bleh digunakan untuk menghalau lalat. Caranya letakkan bunga cengkih ke dalam cawan yang berisi air di dapur atau meja makan. Untuk kulit kayu manis plak, kita bleh hiris sikit kulit kayu manis dan letakkan di dapur atau atas meja. Aroma yang terhasil dari bunga cengkih dan kuli kayu manis akan menyebabkan lalat lari dari sana.

5) Nyalakan lilin.
Lilin yang digunakan untuk menerangi kegelapan malam juga boleh digunapakai untuk menghalau lalat nih. Caranya letakkan lilin di atas meja makan, nanti lalat akan lari.

6) Daun kari menghalau lalat.
Daun kari yang harum baunya juga boleh diaplikasikan untuk kita menghalau lalat. Ambil sedahan kecil daun kari dan kipas-kipaskan kat meja makan. Atau kita boleh juga letakkan ia dalam cawan dan letakkannya di bahagian dapur atau di atas meja makan.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...