Friday, June 14, 2013

 
Makanan berkhasiat untuk sahur sebelum berpuasa? Wah! Pejam celik, pejam celik. Begitu pantas masa berlalu, bulan Ramadhan akan menjelang tiba kurang sebulan lagi. Rasa baru sahaja berpuasa sebelum ini.

Ingatkah lagi anda tentang apa maksud puasa? Berpuasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai daripada terbitnya fajar sehinggalah terbenam matahari.

Oleh yang demikian, tahukah anda tentang makanan berkhasiat untuk sahur sebelum terbitnya fajar di bulan Ramadhan nanti? Pemilihan makanan yang berkhasiat ketika bersahur amatlah penting kerana ianya mampu memberi tenaga kepada anda untuk melakukan aktiviti seharian ketika berpuasa.


Antara Makanan Berkhasiat Untuk Sahur

Di antara makanan berkhasiat untuk sahur adalah sayur-sayuran, anda digalakkan mengambil sayur-sayuran ketika bersahur. Ini kerana ianya dapat melambatkan proses penghadaman sekaligus keinginan untuk makan berkurangan dan ianya juga baik untuk kesihatan perut anda.

Selain itu, pengambilan makanan berkarbohidrat seperti roti daripada bijirin juga akan membuatkan anda lambat untuk lapar. Makan makanan yang berprotein dan kurangkan pengambilan nasi sebaliknya lebihkan pengambilan lauk berasaskan daging dan ikan untuk membekalkan protein di mana ia akan memberi tenaga untuk anda bekerja atau melakukan aktiviti harian.

Selain daripada itu, anda juga boleh variasikan menu sahur anda dengan memakan kekacang seperti kacang dal atau minum air barli.

Sebelum waktu sahur berakhir, anda digalakkan mengambil buah tamar atau kurma kerana ia merupakan makanan penuh khasiat dan vitamin yang baik untuk kesihatan anda, malah ia merupakan sunnah Nabi ketika berpuasa.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi anda pilihan yang tepat untuk mendapatkan makanan berkhasiat untuk sahur.

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...